by

10 kluster baharu dikesan, 8 kluster tamat

News Sources:

KUALA LUMPUR – Sebanyak 507 kluster telah tamat termasuk lapan kluster yang tamat pada hari ini.

Kluster tersebut adalah Kluster Jalan Sibuga, Kluster Taman Tasik Sungai Chua, Kluster Jalan Bukit Bendera, Kluster Lumut Barat, Kluster Pagar Siput, Kluster Kampung Renok, Kluster Sungai Redan, dan Kluster Bah Manggis;

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kluster aktif kini adalah 489 kluster.

“Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini 68 kluster.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Senai Utama sebanyak 131 kes, Kluster Tanjung Suria (68 kes), dan Kluster Tembok
Bendera adalah 40 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr Noor Hisham menambah, terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 10 kluster.

Jelas beliau, ia berkaitan tempat kerja serta masing-masing satu kluster melibatkan komuniti, pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi. – MalaysiaGazette

 



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed