by

10 lelaki ditangkap disyaki terlibat pengedaran dadah

News Sources:

JEMPOL: Seramai 10 lelaki ditangkap dalam lapan serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Sembilan dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol pada 4 Februari lalu sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kesemua warga tempatan yang ditangkap tersebut disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dan serbuan tersebut dilakukan di sekitar kawasan Felda Serting Ilir dan kawasan Felda Palong dekat sini.

Menurut beliau, dalam operasi pada 4 dan 5 Februari lalu di Felda Serting Ilir, sebanyak tiga serbuan dibuat dengan serbuan pertama menangkap tiga lelaki dalam sebuah rumah manakala serbuan kedua dan ketiga pula menahan masing-masing seorang lelaki.

“Kesemua lelaki tersebut ditangkap bersama dadah jenis heroin dan syabu. Siasatan awal mendapati kesemua suspek bergiat aktif dalam tempoh enam bulan dalam pengedaran dadah jenis kawasan Serting Ilir, kesemua yang ditangkap mengenali antara satu sama lain.

“Keseluruhan dadah jenis heroin yang dirampas adalah seberat 124.9 gram dengan harga pasaran dianggarkan sebanyak RM5,000 manakala dadah jenis syabu yang dirampas seberat 14.5 gram dengan harga pasaran sebanyak RM2,175,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Jempol hari ini.

Menurut Chang Hook, pada 7 Februari pula, lima serbuan dibuat antara pukul 12.15 tengah malam sehingga 1.30 petang menahan lima lelaki di sekitar kawasan Felda Palong 1, 9 da 10.

“Dipercayai kesemua lelaki tersebut adalah rakan dan tangkapan tersebut bersama dadah jenis heroin dan syabu. Siasatan awal mendapati kesemua suspek bergiat aktif dalam tempoh lima bulan dalam pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

“Dalam operasi tersebut, keseluruhan rampasan dadah jenis heroin adalah sebanyak 684.97 gram dengan harga pasaran dianggarkan sebanyak RM27,398 manakala dadah jenis syabu yang dirampas adalah seberat 30.2 gram dengan harga pasaran RM2,175,” katanya.

Tambah beliau, kesemua 10 lelaki yang ditangkap berusia dalam lingkungan 26 tahun hingga 41 tahun dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

“Hasil ujian air kencing kesemua suspek mendapati mereka positif dadah jenis morfin dan methamphetamine selain mereka turut mempunyai rekod lampau atas kesalahan dadah dan jenayah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39 B, 39A(2), 39A(1), 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kesemua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan,” katanya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed