by

10 pemilik kelab bola sepak terkaya dunia

News Sources:

LONDON: Bola sepak menjadi ‘permainan’ orang-orang kaya sejak akhir-akhir ini.

Jika anda memerlukan bukti, lihat saja pemilik kelab-kelab bola sepak seluruh dunia.

Kalau ramai beranggapan pemilik Barcelona, Real Madrid atau Bayern Munich mendahului senarai paling kaya, mereka sebenarnya silap.

10 PEMILIK KELAB BOLA SEPAK TERKAYA DUNIA

CARLOS SLIM
(Club Leon)

Berusia 80 tahun, Slim ahli perniagaan dari Mexico memegang gelaran manusia lelaki terkaya dunia di antara 2010 dan 2013. Club Leon adalah kelab bola sepak terbesar di Mexico.

Pendapatan: 50 bilion pound (RM275.34 bilion)

AMANCIO ORTEGA

AMANCIO ORTEGA
(Deportivo La Coruna)

Ahli perniagaan Sepanyol, Ortega memegang gelaran manusia terkaya dunia pada 2015.
Dia juga dikenali sebagai Mr Zara kerana pengasas kumpukan fesyen terkemuka, Inditex yang terkenal dengan jenama Zara. Deportivo La Coruna bagaimanapun kini bergelurlt dalam divisyen tiga Sepanyol.

Pendapatan: 48 bilion pound (RM264.33 bilion)

FRANCOIS PINAULT & KELUARGA
(Rennes)

Pinault pemegang saham utama kelab Ligue 1, Rennes sejak 1998. Dia memegang gelaran orang ke-27 terkaya di dunia. Dalam satu temubual dengan akhbar tempatan tahun lalu, Pinault memberitahu, dia menyerahkan Rennes kepada anaknya, Francois-Henri.

Pendapatan: 37 bilion pound (RM 203.75 bilion)

FRANCOIS PINAULT

SHEIKH MANSOUR
(Manchester City)

Pada 2008, Sheikh Mansour yang mengetuai Kumpulan Abu Dhabi United membeli Manchester City. Sejak itu, City menjadi antara kuasa utama bola sepak Eropah.

Pendapatan: 23 bilion pound (RM 126.66 bilion)

SHEIKH MANSOUR

DIETRICH MATESCHITZ
(New York Red Bulls/FC Salzburg)

Mateschitz pengasas bersama minum tenaga Red Bull dan memiliki 49 peratus saham di seluruh dunia. Syarikat Red Bull amat dekat dengan sukan. Selain bola sepak, mereka juga mempunyai pasukan dalam Formula Satu (F1).

Pendapatan: 21 bilion pound (RM115.64 bilion)

DIETRICH MATESCHITZ

DIETMAR HOPP
(Hoffenheim)

Hopp adalah jurutera perisian dan menduduki ranking kelapan terkaya di Jerman. Dia melabur 300 juta pound (RM1.65 bilion) di Hoffenheim sejak 1990.

Pendapatan: 11 bilion pound (RM60.58 bilion)

DIETMAR HOPP

ANDREA AGNELLI
(Juventus)

Keluarga Agnelli memiliki Juventus sejak beberapa dekad. Pada 2010, Andrea menjadi ahli keluarga keempat mewarisi kelab berkenaan. Keluarga Agnelli adalah pengasas pengeluar kereta Itali, Fiat.

Pendapatan: 10 bilion pound (RM55.07 bilion)

ANDREA AGNELLI

ROMAN ABRAMOVICH
(Chelsea)

Abramovich taikun minyak Rusia yang amat dikenali di seluruh dunia selepas membeli Chelsea pada 2003. Sejak kehadirannya, kelab London itu telah memenangi 16 trofi utama, termasuk Liga Juara-Juara, Liga Europa (dua kali), Liga Perdana Inggeris (5), Piala FA (5) dan Piala Liga, tiga kali.

Pendapatan: 9 bilion pound (RM49.56 bilion)

ROMAN ABRAMOVICH

LAKSHMI MITTAL
(Queens Park Rangers)

Mittal memiliki 20 peratus pegangan dalam QPR selepas membeli saham kelab London itu pada 2007.
Menantu Mittal, Amit Bhatia berada dalam ahli lembaga kelab.

Pendapatan: 8 bilion pound (RM44.05 bilion)

LAKSHMI Mittal (kanan) bersama menantunya, Amit Bathia.

JOHN FREDRIKSEN
(Valerenga)

Fredriksen ahli perniagaan kelahiran Norway yang memiliki kekayaan berbilion ringgit menerusi bisnes perkapalan dan tanki minyak. Pada 2006, dia pernah menolak tawaran pemilik Chelsea, Abramovich untuk membeli rumah agamnya yang bernilai 200 juta pound (RM1.1 bilion) di London.

Pendapatan: 7 bilion pound (RM38.55 bilion)

JOHN FREDRIKSEN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed