by

1,000 penunggang motosikal isi petrol percuma

News Sources:

BALING: Lebih 1,000 penunggang motosikal di bandar ini menerima sumbangan petrol percuma daripada Pertubuhan Kebajikan Dana Kita di sebuah stesen minyak di sini.

Pengerusinya, Mohd. Fazli Salleh, 37, berkata, program itu bertujuan membantu meringankan beban penduduk di sini yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan disebabkan Covid-19.

Menurutnya, setiap penunggang motosikal mengisi petrol percuma sebanyak RM5.

Katanya, program itu yang bermula pukul 4 petang semalam dan selesai dalam tempoh kira-kira sejam.

“Dana yang diperoleh untuk menjayakan program ini adalah hasil sumbangan orang ramai dan pihak kami akan menyampaikannya kepada golongan sasar,” katanya.

Selain itu Mohd. Fazli berkata, pihaknya juga menganjurkan program isi minyak secara percuma di Gombak, Selangor dan Parit Buntar, Perak sebelum ini.

Tambahnya, pertubuhan itu juga menyampaikan sumbangan beg sekolah dan barangan makanan harian kepada penduduk yang kurang berkemampuan.

“Sumbangan beg sekolah kepada pelajar itu diserahkan kepada wakil sekolah untuk diagihkan kepada pelajar yang berkelayakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed