by

11 ditahan berpesta liar di dalam dua bilik hotel

News Sources:

BUKIT MERTAJAM: Seramai 11 individu daripada dua kumpulan ditahan polis ketika mengadakan parti liar di dalam dua bilik di sebuah hotel di Machang Bubok, di sini awal pagi tadi.

Dalam operasi kira-kira pukul 2.20 pagi hingga 2.45 pagi itu, mereka yang berusia antara 20-an hingga 40-an berkenaan ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, dalam serbuan pertama pihaknya mendapati enam individu termasuk seorang wanita yang positif dadah berada di dalam sebuah bilik disyaki sedang berpesta.

Ujarnya, pemeriksaan lanjut menemukan satu peket plastik lutsinar berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis ketamin seberat 2.07 gram (g) dan sebiji pil disyaki ekstasi seberat 0.62 g.

“Sementara itu, dalam serbuan di bilik kedua seramai enam individu termasuk dua wanita didapati sedang mengadakan parti liar dan lima daripada mereka positif dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua individu terbabit ditahan untuk siasatan lanjut dan polis turut mengeluarkan kompaun ke atas mereka kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed