by

12 kontena daging kerbau guna logo halal tidak diiktiraf disita 

News Sources:

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri menyita kira-kira 336 tan daging kerbau sejuk beku dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini selepas dikesan menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf pihak berkuasa negara ini. 

Produk dari India itu disita dalam operasi selama tiga hari sehingga semalam membabitkan rampasan sebanyak 17,370 kotak produk tersebut yang dimuatkan di dalam 12 buah kontena.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, sebanyak lima kontena produk tersebut dirampas pada Isnin lalu manakala masing-masing enam dan satu kontena dirampas kelmarin dan semalam. 

“Produk dengan berat keseluruhan 335,914 kilogram dan dianggarkan bernilai RM4,277,912.38 itu disita untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – UTUSAN

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed