by

132 individu dikompaun langgar SOP di Kulim

News Sources:

KULIM: Seramai 132 individu dikenakan tindakan kompaun selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini sejak 22 Januari sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, mereka terbabit dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

Katanya, tindakan itu diambil berdasarkan Perkara 4 dan Perkara 5, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Peraturan Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

“Antara kesalahan melanggar SOP itu seperti berkumpul beramai-ramai dan tiada penjarakan sosial, tidak memakai pelitup muka dan tiada surat kebenaran merentas negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pasar Awam Kulim di sini, hari ini.

Azhar berkata, polis mengambil tindakan tegas berikutan jumlah kes Covid-19 yang positif merekod pertambahan sebanyak 23 kes baharu di daerah ini pada minggu ini.

“Penambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang masih aktif di daerah ini ialah 286 dan satu mukim dalam kategori zon merah iaitu Mukim Keladi,” ujarnya.

Beliau menambah, hasil pemantauan di pasar pagi pekan Kulim mendapati tahap pematuhan SOP adalah sebanyak 85 peratus sahaja.

“Polis mendapati arahan pemakaian pelitup muka, pengambilan suhu dan menggunakan aplikasi MySejahtera atau mencatat nama dan nombor telefon dipatuhi sepenuhnya.

“Hanya berkaitan penjarakan sosial di dalam dan di luar pasar didapati kurang dipatuhi akibat kelekaan pelanggan memilih barangan,” katanya. -UTUSAN 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed