by

134,736 individu ikuti program upskiling, reskiling – PM

News Sources:

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seramai 134,736 individu mengambil bahagian dalam program upskilling dan reskilling di seluruh negara sehingga akhir tahun lalu.

Beliau berkata, program inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) itu membantu mereka untuk mencorakkan kehidupan lebih baik selepas menamatkan latihan kelak.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu diberitahu sendiri oleh kumpulan pelatih ketika lawatannya ke SG Academy di Sentul, Kuala Lumpur untuk meninjau pelaksanaan program peningkatan dan pemahiran semula di pusat latihan berkenaan.

“Saya berkesempatan melihat sendiri fasiliti di pusat tersebut dan bertemu dengan para pelatih yang menyertai kursus jangka pendek yang ditawarkan di situ iaitu program kulinari dan pengendalian dron.

“Daripada perbualan saya dengan mereka, saya dapati para pelatih ini datang dari pelbagai latar belakang. Ada antaranya graduan, siswazah menganggur, mereka yang telah diberhentikan kerja dan ada juga yang memiliki perniagaan tetapi mahu meningkatkan kemahiran,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Muhyiddin berkata, semasa melawat kelas latihan dron, beliau teruja melihat kelengkapan yang disediakan.

Malah, katanya, jurulatih yang mengendalikan program itu juga berpengalaman dalam meningkatkan kompetensi para pelatih.

“Saya doakan kesemua pelatih di bawah program upskilling dan reskilling yang sedang mengikuti latihan di seluruh negara mendapat manfaat daripada inisiatif kerajaan ini seterusnya dapat kembali bersaing dan segera memasuki pasaran pekerjaan. Insya-Allah,” katanya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed