by

1,388 tangkapan tertinggi awal tahun baharu

News Sources:

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 1,388 individu iaitu tangkapan tertinggi dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan 1,352 dikenakan kompaun.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan tertinggi adalah melibatkan aktiviti pusat hiburan (623), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (424), tidak memakai pelitup muka (137), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (118) dan lain-lain kesalahan (86).

Menurut beliau, sebanyak 48,316 pemeriksaan dilakukan semalam melibatkan 2,435 pasukan pematuhan dengan kekuatan 11,200 anggota.

Bagi Op Benteng pula, kata beliau, seramai 95 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dengan 105 sekatan jalan raya dilaksanakan.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat kuasa terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed