by

14 maut glasier pecah di India

News Sources:

NEW DELHI: Seramai 14 individu disahkan maut selepas sebahagian daripada glasier di pergunungan Himalaya pecah dan hanyut ke dalam sungai yang mengakibatkan gelombang besar sehingga memusnahkan jambatan dan jalan raya di negeri Uttarakhand.

Pasukan penyelamat India meningkatkan usaha mencari 125 mangsa yang dilaporkan hilang serta dikhuariti mati.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan ex-gratia iaitu bayaran pampasan sebanyak AS$2,748 (RM11,162) kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dan AS$687 (RM2,790) bagi mangsa yang mengalami kecederaan serius.

Ketua Polis Uttarakhand, Ashok Kumar berkata, kebanyakan mangsa yang hilang merupakan pekerja di dua loji janakuasa yang dilanda banjir, disebabkan oleh sebahagian besar glasier yang meletup dari lereng gunung.

“Terdapat 50 pekerja di loji Rishi Ganga dan kita belum mempunyai maklumat mengenai mereka lagi. Seramai 150 pekerja lain pula di Tapovan.

“Sementara 20 pekerja terperangkap di dalam terowong dan kita masih berusaha menjejaki mangsa tersebut,” katanya.

Lebih 2,000 anggota tentera dan pihak polis turut serta dalam misi menyelamat dengan helikopter dan pesawat turut dihantar ke wilayah itu.

Media tempatan melaporkan, kira-kira 150 pekerja loji jana kuasa berhampiran lokasi kejadian dikhuatiri dihanyutkan air sungai susulan insiden tersebut. -AFP/agensi





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed