by

150,000 pencari kerja berjaya ditempatkan di 47,000 majikan

News Sources:

PENDANG:: Seramai 150,000 pencari kerja berjaya ditempatkan di 47,000 majikan di seluruh negara menerusi Program Pengambilan Pekerja, Penjana Kerjaya yang diperkenalkan sejak Jun lalu hingga Disember ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata, kebanyakan pencari kerja tersebut merupakan dalam kalangan mereka yang kehilangan kerja, graduan dan lepasan sekolah.

Menurutnya, pencari kerja yang terbabit telah ditemu duga oleh wakil-wakil majikan di 12 Karnival Penjana Kerja berskala besar yang dianjurkan oleh agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Katanya, enam daripada karnival itu diadakan secara maya, selain 242 program yang melibatkan temu duga kecil.

“Ini adalah hasil kesungguhan dan komitmen Kementerian Sumber Manusia dalam mengurangkan kadar pengangguran seterusnya menstabilkan dan mengukuhkan pasaran buruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Penjana Kerjaya Kementerian Sumber Manusia Peringkat Negeri Kedah 2020 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Program Pengambilan Pekerja, Penjana Kerjaya yang diperkenalkan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Dalam pada itu, Awang yang juga Ahli Parlimen Pendang berkata, sebanyak RM160.66 juta telah dianggihkan kepada majikan yang membuat pengambilan pekerja menerusi insentif tersebut sejak Jun lalu hingga Rabu lepas.

“Insentif pengambilan pekerja yang disediakan kerajaan di antara RM600 sehingga RM1,000 dapat meringankan beban majikan yang memerlukan pekerja,” katanya.

Beliau menambah, insentiñnf Penjana Kerja ini akan diteruskan dalam Belanjawan 2021 dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion dengan melibatkan beberapa insentif baharu dan ditambah baik

“Antara insentif baharu itu adalah program latihan perantis dan kadar insentif pengambilan pekerja ditingkatkan daripada 40 peratus hingga 60 peratus daripada gaji siling RM10,000 dengan insentif maksimum sebanyak RM6,000,” katanya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed