by

156 mangsa banjir Dungun pindah semula ke PPS

News Sources:

KUALA TERENGGANU: Seramai 156 mangsa banjir di Dungun yang membabitkan 49 keluarga terpaksa kembali semula ke pusat pemindahan sementara (PPS) dalam tempoh kurang 24 selepas pulang ke rumah masing-masing pagi semalam. 

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 8 pagi ini, dua PPS  sama dibuka semula di daerah itu iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Shukor. 

Katanya, perkembangan itu menjadikan kesemua mangsa yang terjejas banjir di negeri ini seramai 267 orang membabitkan 76 keluarga. 

“Di Dungun, PPS dibuka secara pntadbiran dan melibatkan semua mangsa  sama.

“Mangsa di Kemaman turut bertambah kepada 111 orang berbanding 82 mangsa yang direkodkan setakat pukul 6 petang semalam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Menurut Che Adam, PPS di Kemaman ialah di Surau Kampung Ban Ho, Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor dan SK Bukit Mentok. 

Katanya, cuaca semasa di Terengganu hujan renyai-renyai dan kadang kala lebat serta berangin di kawasan pantai. – UTUSAN ONLINE 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed