by

16 lelaki, lima wanita dicekup ketika leka berjudi

News Sources:

BUKIT MERTAJAM: Seramai 21 individu termasuk lima wanita tempatan dicekup dalam satu serbuan judi kira-kira pukul 1 pagi tadi oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di ibu pejabat polis daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT). 

Ketika diserbu, kesemua suspek yang berusia antara 21 hingga 41 tahun itu sedang leka berjudi di dalam sebuah rumah di Taman Impian Murni, di sini. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas wang tunai yang dipercayai digunakan untuk tujuan perjudian dengan jumlah keseluruhannya RM32,213. 

“Pada masa sama, polis merampas beberapa peralatan perjudian termasuk satu set daun terup yang berjumlah 52 keping, dua buah meja serta lapan buah kerusi plastik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Ujar Shafee, kes itu disiasat di bawah Seksyen 6(1) dan Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. 

Selain itu katanya, polis turut menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPB) 2021 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed