by

16,960 premis disanitasi babitkan 16,162 operasi seluruh negara

News Sources:

MARAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Task Force Sanitasi Awam Covid-19 telah menjalankan 16,162 operasi sanitasi awam sejak 30 Mac tahun lalu sehingga semalam.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib berkata, ia melibatkan 16,960 premis membabitkan 3,150 pusat perniagaan, 1,827 (perumahan), 3,424 (tempat awam), 373 (pasar raya) dan 8,186 bangunan kerajaan.

Beliau berkata, operasi itu melibatkan 146 zon iaitu 96 zon merah, 12 zon jingga, 32 zon kuning dan enam zon hijau mengikut pengkelasan Pejabat Kesihatan Daerah ( PKD) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. 

Tambahnya, bilangan operasi (kumulatif) membabitkan 5,215 di zon merah, 903 (zon jingga), 5,808 (zon kuning), 4,216 (zon hijau), manakala premis yang disanitasi di zon merah 5,234, zon jingga (1,192), zon kuning ( 6,301) dan zon hijau (4,233).

“Kesemua zon merah telah dilaksanakan sanitasi dan operasi task force akan diteruskan di kawasan yang diputuskan bersama oleh Kementerian Kesihatan.

“Operasi sanitasi akan terus digerakkan dan memberi keutamaan kepada lokaliti kes berdasarkan bilangan kes Covid-19 yang terkini,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan kedai industri kecil dan sederhana (IKS) bekas tentera tidak  berpencen Majlis Daerah Maran (MDM) di sini hari ini.

Ismail berkata, operasi sanitasi terkini membabitkan 86 sanitasi meliputi 39 zon merah, tiga zon jingga, tujuh zon kuning dan satu zon hijau membabitkan 12 buah negeri dan satu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menurutnya, antara premis yang disanitasi ialah ibu pejabat polis daerah, balai polis, balai bomba, sekolah kerajaan, stesen pengangkutan awam, pasar awam, rumah ibadat, pasaraya, perumahan awam, sekolah tahfiz, pusat perniagaan dan lain-lain.

Tambah beliau, seramai 158,258 orang tenaga digunakan untuk kerja-kerja sanitasi.

“Dalam pada itu sebanyak 13,032 kenderaan digunakan yang membabitkan 12,533 buah kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 499 buah kenderaan syarikat konsesi JBPM,” katanya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed