by

18 kes scammer menyamar pegawai LHDN libat kerugian RM636,311

News Sources:

CYBERJAYA: Sebanyak 18 kes sindiket penyamaran sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melibatkan kerugian kira-kira RM636,311 dikesan dalam tempoh 1 Januari sehingga 9 Februari lalu. 

LHDN dalam satu kenyataan berkata, sindiket dikesan menggunakan taktik menakut-nakutkan mangsa menyebabkan mangsa panik dan akhirnya memaksa mangsa mengambil tindakan terburu-buru dengan menyerahkan butiran peribadi dan perbankan. 

“Pihak LHDN turut mendapati ada mangsa secara sukarela membuat bayaran wang tunai kepada ahli sindiket,” katanya di sini hari ini.

LHDN berkata, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan kegiatan sindiket penipuan yang menyamar untuk memperdayakan mangsa. 

“Orang ramai hendaklah lebih peka dan sentiasa menasihatkan ahli keluarga serta masyarakat sekeliling berkenaan perkara ini agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa,” katanya. 

LHDN berkata, orang ramai boleh melakukan pengesahan dengan pihaknya terlebih dahulu terhadap setiap panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan. 

“Sekiranya berlaku, mereka boleh hubungi talian Hasil Care Line atau talian pegawai yang boleh disemak senarainya pada portal rasmi www.hasil.gov.my atau hadir ke cawangan LHDN berhampiran,”katanya. 

Dalam pada itu, LHDN berkata, pihaknya sentiasa melakukan usaha-usaha yang perlu dalam memberikan kesedaran kepada orang ramai agar sentiasa cakna atau ambil tahu isu berkaitan aktiviti scammer ini. 

“Selain daripada peringatan melalui saluran media massa dan media sosial, LHDNM turut menggunakan saluran e-mel rasmi [email protected]l.gov.my untuk menghantar infografik peringatan berkaitan aktiviti scammer. 

“Sehingga kini, 2,927,400 e-mel telah dikirim kepada alamat e-mel yang terdapat dalam pangkalan data LHDNM dan 814,865 e-mel masih lagi dalam peringkat proses pengiriman,” katanya. 

Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh dibuat secara dalam talian melalui saluran Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed