by

19  Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dilantik

News Sources:

PUTRAJAYA: Seramai 19 ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa serta merta.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, jawatan kuasa berkenaan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Menurutnya, jawatan kuasa itu berperanan menasihati  Seri Paduka Baginda mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

“Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri berperanan sebagai urus setia jawatan kuasa ini,” katanya hari ini.

Selain Tun Ariffin, 18 lagi anggota jawatan kuasa itu ialah bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai; bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Prof. Tan Sri Dr. Mohamad Taha Arif;   pakar bedah jantung, Tan Sri Dr. Yahya Awang dan Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Tan Sri Ter Leong Yap.

Turut menganggotai Pro-Canselor Universiti Cyberjaya, Tan Sri Dr. R. Palan; bekas Timbalan Pendakwa raya Pejabat Peguam Negara, Datuk Sallehuddin Saidin;  Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin; Pakar Kesihatan Awam, Prof. Datuk Dr. Andrew Kiyu Dawi anak Usop  dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Dalam kalangan ahli politik pula yang menganggotai jawatan kuasa itu ialah  Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar;  Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim;  Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd. Dun;  Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh;  Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook dan  Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. -UTUSAN ONLINE

 

 

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed