by

193 lokasi tapak bazar Ramadhan di Johor tahun ini – JohorKini

News Sources:

JOHOR BAHRU, 2 APR: Sebanyak 193 lokasi tapak membabitkan 9,609 petak jualan disediakan bagi penganjuran bazar Ramadhan di Johor, tahun ini.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil berkata, mesyuarat penyelarasan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dijalankan 21 Mac lalu bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dibendung, selain kelangsungan sumber pendapatan peniaga.

Katanya, taklimat bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan diadakan berkenaan prosedur operasi standard (SOP) dan nilai kompaun serta jenis kesalahan yang boleh dikenakan kompaun kepada penganjur dan peniaga.

“Kerajaan negeri memberikan pengecualian bayaran permit, sewa tapak, lesen sementara dan yuran pendaftaran serta wang proses kepada peniaga bazar, selain pengecualian bayaran ini hanya terpakai bagi tahun ini sahaja.

“Penganjur tidak dibenarkan mengenakan caj tinggi kepada peniaga bazar, selain kadar bayaran yang dikenakan hendaklah bersesuaian dengan kelulusan PBT dan ia perlu dinyatakan dengan jelas serta peniaga perlu dimaklumkan berkenaan kadar itu.

“Bayaran yang boleh dikenakan kepada peniaga bazar adalah hanya bagi perkara meliputi khemah, apron, kebersihan atau pengurusan sisa pepejal, kawalan keselamatan dan utiliti,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Terdahulu, beliau dilaporkan Harian Metro berkata, bilangan anggota bagi kawalan keselamatan dan pematuhan SOP juga akan ditingkatkan berbanding tahun lalu dalam memastikan SOP dipatuhi semua pihak.

“Warga emas dan kanak-kanak tidak digalakkan mengunjungi bazar Ramadhan bagi mengurangkan risiko kadar jangkitan,” katanya.

Johorkini

 



Post Views:
45





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed