by

2 jam bawa turun mayat pendaki

News Sources:

GEORGETOWN: Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira dua jam untuk membawa mayat seorang seorang lelaki yang dilaporkan meninggal dunia ketika mendaki kawasan berbukit di Taman Belia, Tanjung Tokong, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu, mangsa, Wong Kai Lee, 62, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.

Pegawai operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Wan Chik Ariffin Mohd. Ismail berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan mendapati mangsa tidak sedarkan diri.

“Setelah pihak kementerian mengesahkan mangsa meninggal dunia, bomba membantu membawa turun mayat menggunakan alat pengusung sebelum diserahkan kepada polis.

“Kita mengambil masa kira-kira dua jam bagi membawa turun mangsa sejauh kira-kira 500 meter melalui kawasan denai yang curam dan laluan sempit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Operasi berkenaan dijalankan oleh lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed