by

2 lelaki dicekup ketika leka rebus ketum

News Sources:

JELI: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah ini menahan dua lelaki ketika mereka sedang leka merebus ketum dalam operasi bersepadu AADK bersama polis di sekitar daerah ini.

Kedua-dua lelaki itu dicekup dalam dua serbuan di lokasi berasingan, masing-masing di Kuala balah dan Batu Melintang, pada Khamis lalu.

Ketua Pegawai AADK Daerah Jeli, Aris Fadzillah berkata, operasi bersepadu itu berhasil menahan 43 individu termasuk dua suspek yang memproses air ketum terbabit.

Menurutnya, semua suspek berusia antara 17 hingga 60 tahun.

“Kita turut merampas 15 biji pil Yaba, syabu seberat 1.2 gram dan 3.3 liter air ketum,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aris Fadzillah memberitahu, sebanyak dua kilogram daun ketum turut dirampas dalam operasi tersebut.

Katanya, AADK Jeli akan terus melipatkan gandakan operasi bersama polis dalam usaha mencegah aktiviti penagihan dadah di daerah ini.

“Kita ambil mengambil serius perkara itu yang dilihat boleh memberikan impak negatif kepada masyarakat,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed