by

2 wanita antara 10 ditahan sedang menjamu air ketum

News Sources:

2 wanita antara 10 ditahan sedang menjamu air ketum

MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

BUTTERWORTH: Dua wanita merupakan antara 10 individu yang ditahan ketika yang sedang berkumpul dan menikmati air ketum di sebuah flat di Lebuh Kampung Benggali, di sini awal pagi tadi.

Kesemua mereka diserbu dalam Ops Pematuhan Covid-19 dan Ops Limau kira-kira pukul 1.10 pagi oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, wanita berusia 23 dan 26 tahun itu ditahan bersama tujuh lelaki berusia antara 21 hingga 31 tahun.

“Polis turut merampas enam bungkusan plastik berikat getah yang setiap satu berisi cecair disyaki air ketum, sebotol plastik berisi cecair disyaki air ketum dan satu set alat pembesar suara berwarna hitam.

“Kompaun turut dikeluarkan kepada kesemua suspek kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu berhimpun untuk aktiviti sosial dan rentas daerah berikutan kebanyakan mereka dari daerah lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, siasatan mendapati kesemua suspek yang masih bujang itu antaranya bekerja sebagai pembantu hospital di Georgetown, kakitangan awam, pekerja kilang, penghantar barang dan peniaga.

“Bagaimanapun, ujian saringan air kencing ke atas semua mereka mendapati negatif dadah dan mereka juga tidak mempunyai rekod lampau,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana memiliki air ketum. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed