by

2,027 kes positif, 8 kematian, 11 kluster baharu

News Sources:

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes harian baharu Covid-19 sebanyak 2,027 kes sekali gus menjadikan jumlah kes positif sebanyak 122,845 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 22,887 kes.

Sehingga kini, terdapat 123 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 52 kes memerlukan bantuan pernafasan serta lapan kematian dan 11 kluster baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor pula terus mencatatkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak
509 kes diikuti Johor sebanyak 428 kes dan Sabah sebanyak 383 kes.

“Sebanyak 242 kluster aktif dipantau dan daripada jumlah itu, sebanyak 53 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Jalan Perindustrian (200 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Desa (116 kes), dan Kluster Beringin (65 kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed