by

23 kematian, 17 kluster baharu Covid-19

News Sources:

PUTRAJAYA: Malaysia kembali merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 melebihi 3,000 kes iaitu 3,120 kes berbanding semalam, 2,500 kes manakala kes sembuh 2,334 kes. 

Sebanyak 23 kematian dan 17 kluster direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 31,516 kes berbanding semalam, 30,753 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 338 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 181 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus merekodkan kes tertinggi positif iaitu 675 kes diikuti Sarawak, 620 kes; Kuala Lumpur, 408 kes; Johor, 336 kes; Kelantan, 296 kes; Pulau Pinang, 167 kes; Kedah, 155 kes dan Perak, 117 kes.

 “Negeri yang merekodkan kes dua angka pula iaitu Negeri Sembilan, 95 kes; Sabah, 89 kes; Terengganu, 53 kes; Melaka, 52 kes; Pahang, 41 kes dan Putrajaya, 11 kes.

“Hanya Labuan merekodkan kes satu angka iaitu lima kes manakala Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Dr. Noor Hisham berkata, 23 kes kematian melibatkan enam di Kelantan, enam di Selangor, empat di Sarawak, dua di Johor dan dua di Sabah manakala Kedah, Perak, dan Melaka, masing-masing satu kes dengan kesemua kematian adalah warga tempatan.

“Kes melibatkan 15 lelaki dan lapan wanita berusia antara 37 hingga 85 tahun dengan pelbagai latar belakang penyakit direkodkan.

“Antara penyakit yang direkodkan iaitu kencing manis, darah tinggi, jantung, asma, dislipidemia, buah pinggang kronik, obesiti, parkinson, strok dan gout,” katanya.

Mengulas mengenai 17 kluster, beliau berkata, ia melibatkan tujuh kluster komuniti, lima kluster tempat kerja, empat sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan KPM, dan satu  kluster keagamaan. Integrasi Rawang Tiga, dan Kluster Padang Hijau,” katanya. – UTUSAN

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed