by

24 NGO bantah projek tambak laut di Langkawi

News Sources:

GEORGE TOWN – Sahabat Alam Malaysia (SAM) bersama 23 badan bukan kerajaan (NGO) rancangan pembangunan di Padang Matsirat, Langkawi.

Bantahan itu dinyatakan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi berhubung permohonan dibuat oleh sebuah syarikat swasta ke atas tanah kerajaan negeri Kedah itu baru-baru ini.

Bantahan daripada NGO dari Kedah, Pulau Pinang dan Selangor itu dibuat susulan Pengarah Tanah dan Galian Kedah telah mengeluarkan kenyataan memaklumkan tanah tersebut mungkin dibangunkan sekiranya tiada sebarang bantahan munasabah dilakukan sebelum 3 Februari lalu.

Antara NGO yang terlibat adalah Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam; Persatuan Pengguna Pulau Pinang; Persatuan Sahabat Wanita Selangor; Yayasan Aman Kedah; Friends of Langkawi Geopark dan Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia.

Presiden SAM, Meenakshi Raman berkata, bantahan terhadap permohonan beberapa bidang tanah di Padang Matsirat iaitu di kawasan break water, Kuala Muda itu telah dinyatakan dalam surat yang diserahkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi pada 2 Februari lalu.

24 NGO termasuk SAM sampaikan surat bantahan berhubung rancangan pembangunan di Padang Matsirat.

“Kami mendapati permohonan syarikat tersebut ada berkaitan dengan projek penambakan laut seluas 800.9 hektar yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Kedah baru-baru ini bersama Widad Business Group Sdn. Bhd.

“Sebarang permohonan tanah yang berkaitan dengan projek penambakan laut tersebut sepatutnya tidak boleh dibenarkan kerana ia adalah pra matang dan masih lagi belum melalui proses undang-undang yang diperuntukkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Meenakshi, sebarang projek penambakan laut wajib mendapatkan nasihat daripada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) mengikut Seksyen 20B Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Jelas beliau, undang-undang tersebut wajib dipatuhi dan penglibatan awam perlu dilakukan kerana projek penambakan laut dengan keluasan tersebut akan memberi impak negatif terhadap alam sekitar.

“Selain itu, projek ini juga perlu mengambil kira pelbagai isu termasuk kesan ke atas ekosistem marin, sektor perikanan dan sosio-ekonomi yang akan dihadapi oleh nelayan pantai di Pulau Langkawi dan di kawasan sekitarnya,” ujarnya.

Pada 20 Januari lalu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan Kedah bakal menerima pelaburan domestik dalam sektor pembangunan hartanah membabitkan jumlah RM40 bilion dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang daripada syarikat milik penuh Bumiputera iaitu Widad Business Group Sdn. Bhd. (Widad Business Group).

Projek yang dikenali sebagai [email protected] itu membabitkan pembangunan komersial berskala besar di Lot 978, Seksyen 4, Bandar Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi dengan 90 peratus daripadanya merupakan lautan.- MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed