by

2,420 lokasi disanitasi seluruh daerah di Johor

News Sources:

JOHOR BAHRU: Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor telah membuat kerja-kerja sanitasi di 2,420 lokasi di semua daerah dalam negeri ini sejak 27 Mac hingga 31 Disember lalu.

Menurut ketuanya, Penguasa Bomba Khairul Hiysam Hamim, kerja-kerja sanitasi sepanjang 278 hari itu melibatkan 940 bangunan kerajaan, 211 rumah ibadat, 512 tempat awam dan 757 lain-lain kawasan.

“Johor Bahru merekodkan jumlah yang tertinggi dengan 516 kes diikuti Batu Pahat (362), Kota Tinggi (284), Muar (247) dan Kluang (200). Ini diikuti Pontian dengan 196 kes, Kulai (191), Segamat (164), Tangkak (153) dan Mersing (107),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Hiysam berkata, pada bulan lalu sahaja pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kerja-kerja sanitasi sebanyak 121 lokasi di sembilan daerah dalam negeri ini.

Katanya, kerja-kerja itu terdiri daripada 54 bangunan kerajaan, 30 rumah ibadat, 16 tempat awam dan 21 lain-lain kawasan.

Jelasnya, langkah ini amat penting dilakukan bagi mengawal penularan Covid-19 di kawasan berisiko.

“Pada bulan lalu, sebanyak 21 bangunan kerajaan dan sembilan tempat awam dijalankan kerja-kerja sanitasi manakala bagi rumah ibadat yang paling banyak disanitasi adalah di Batu Pahat melibatkan 12 tempat,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed