by

25 keluarga Kampung Gemunchor terputus hubungan

News Sources:

LIPIS: Sebanyak 25 keluarga Kampung Gemunchor di sini terputus hubungan apabila jalan Sungai Bunoh ke kampung mereka ditenggelami air sedalam tiga meter sejak Sabtu lalu.

Penghulu Mukim Cheka 1, Mohd. Faiz Abdullah berkata, hujan lebat Jumaat lalu menyebabkan jalan utama ditenggelami air.

Katanya, penduduk di situ tidak dapat keluar bekerja dan membeli barangan keperluan harian kerana laluan sepanjang 300 meter itu ditutup kepada semua kenderaan.

“Keluarga berkenaan tidak berpindah ke pusat penempatan banjir setakat ini dan kekal menetap di rumah masing-masing.

“Kita memantau secara dekat perkembangan banjir di kawasan itu ekoran paras air yang meningkat berikutan hujan renyai-renyai sepanjang hari,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Turut melawat dan meninjau kawasan itu serta menyampaikan bantuan bakul makanan Pegawai Daerah Lipis, Datuk Mohd. Hafizi Ibrahim.

Menurut Mohd. Faiz, pasukan pengurusan bencana banjir telah membekalkan keperluan makanan dan air bersih kepada 25 keluarga terbabit. – UTUSAN ONLINE

The post 25 keluarga Kampung Gemunchor terputus hubungan appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed