by

25 tan limau Mandarin disita

News Sources:

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas lebih 25 tan limau Mandarin yang cuba dibawa masuk secara tidak sah ke negara ini di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini kelmarin.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, dalam operasi kira-kira pukul 5.40 petang itu, produk berkenaan didapati melanggar syarat permit import iaitu gagal mematuhi Penggredan, Pembungkusan dan Perlabelan (3P) seperti dinyatakan di dalam sijil 3P.

“Buah limau Mandarin dari China itu yang diletakkan di dalam 1,854 kotak dan dianggarkan bernilai RM108,887.14 disita bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). – UTUSAN ONLINE

The post 25 tan limau Mandarin disita appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed