by

252 ahli persatuan penternak unggas Johor bantah PKTA – JohorKini

News Sources:

KLUANG, 1 APR: Seramai 252 ahli Persatuan Penternak Unggas (kecil dan sedarhana) Johor menandatangani petisyen membantah paksaan keatas arahan ladang terbuka sedia ada untuk diubah menjadi ladang tertutup menerusi pelaksanaan Permit Khas Ternakan Ayam (PKTA).

Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali dalam pertemuan bersama ahli persatuan itu memberitahu, pengusaha ternakan itu tidak membantah arahan perlaksanaan ladang tertutup, tetapi membantah paksaan yang dibuat.

Mereka turut menggariskan sembilan perkara yang dibangkitkan antaranya Jabatan Veterinar telahpun sedia ada menggariskan undang-undang ketat yang perlu dipatuhi oleh para penternak ayam bagi mendapatkan/memperbaharui lesen.

“Pada ketika ini, 80 peratus ladang ayam terbuka telahpun mendapat status ‘ladang sah’ di negeri Johor dengan pematuhan segala syarat dan undang-undang yang dikenakan.

“Secara saintifik, ladang terbuka bukanlah penyumbang utama kepada isu pencemaran dan lalat.

“Fakta menunjukkan, ladang terbuka telah menyumbang kepada produk unggas/ayam bermutu tinggi termasuk bagi tujuan perbekalan di dalam dan luar negara contohnya Singapura,” menurut kenyataan Sheikh Umar.

Katanya lagi, persatuan memaklumkan kepadanya bahawa sistem reban tertutup bukan semestinya pilihan yang terbaik bagi negara beriklim tropika seperti Malaysia.

“Pembinaan sesebuah reban ayam sistem tertutup menelan kos jutaan ringgit. Hal ini membebankan penternak kecil dan sederhana apatah lagi tiada jaminan pelaburan yang jelas oleh kerajaan untuk mereka.

“Ladang tertutup mempunyai risiko yang tinggi contohnya dalam hal berkaitan bekalan sumber elektrik berskala tinggi mahupun dalam isu-isu penyelenggaraan,” ujarnya lagi.

Tambah Sheikh Umar, isu penggunaan sumber kuasa, kos yang tinggi, perkakasan yang mahal, penyelenggaraan yang rumit dan sebagainya akan membebankan penternak kecil dan sederhana.

Katanya, keputusan itu dilihat menyebelahi syarikat-syarikat besar untuk memonopoli pasaran.

“Hal ini akan memberi kesan terhadap harga pasaran ayam daging dan telur.

“Kebanyakan ladang-ladang kecil penternakan ayam berada di kawasan luar bandar.

“Pengurusan yang baik akan membolehkan ladang-ladang ini dikawalselia dengan teratur dan selamat,” katanya lagi.

Johorkini



Post Views:
2





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed