by

26 mangsa banjir ditempatkan di PPS SK Batu 10, Skudai

News Sources:

JOHOR BAHRU: Seramai 26 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan selepas rumah mereka di Kampung Laut, Batu 10, Skudai, di sini dinaiki air akibat hujan lebat sejak awal pagi ini.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 12.37 tengah hari.

Katanya, seramai 11 anggota beserta dua buah jentera bomba ditugaskan  ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati beberapa rumah  dinaiki air setinggi 0.6 meter  dan paras air masih terus meningkat.

“Sehubungan itu seramai 26 mangsa  diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10, Skudai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, mangsa yang dipindahkan termasuk dua warga emas, empat kanak-kanak dan seorang bayi. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed