by

2,720 kes positif baharu, lapan kematian

News Sources:

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,720 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu sehingga jam 12 tengah hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes import dilaporkan dan kesemua kes baharu hari ini merupakan penularan tempatan.

Beliau berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah sebanyak 44,129 kes.

“Ingin dimaklumkan terdapat lapan kes kematian baharu menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat wabak itu adalah sebanyak 983 kes,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19, di kementeriannya di sini, hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 5,718 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan yang pulih daripada wabak berkenaan sebanyak 224,053 kes.

Kata beliau, seramai 253 kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 118 memerlukan bantuan alat pernafasam. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed