by

274 kertas siasatan kes berita palsu Covid-19

News Sources:

PUTRAJAYA: Sebanyak 274 kertas siasatan dibuka pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung isu berita palsu berkaitan wabak Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu direkodkan sehingga semalam di seluruh negara hasil pemantauan berterusan dua agensi berkenaan.

“Kerajaan memandang serius dan tidak bertoleransi terhadap penyebar berita palsu sehingga menimbulkan panik dan kegusaran kalangan masyarakat,” kata beliau pada sidang akhbar.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak 137 kes masih dalam siasatan, 12 kes diberi notis amaran dan 90 kes diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut.

Selain itu ujar Ismail Sabri, sejumlah 35 kes telah didakwa di mahkamah dengan 21 kes yang terlibat sudah didapati bersalah manakala sebanyak 13 lagi dalam proses perbicaraan.

“Pasukan Respons Pantas (PRP) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga telah mengeluarkan sebanyak 415 laporan penafian dan penjelasan mengenai berita palsu itu.

Orang ramai jelas beliau, diingatkan supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan diragui kesahihannya kerana ia turut boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sekiranya terdapat sebarang berita yang diragui, masyarakat boleh semak atau menyalur maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau terus melayari portal www.sebenarnya.my.

“Ada artikel disiarkan itu setelah disemak merupakan berita lama diulang semula kononnya baru berlaku selain berbaur fitnah bagi merosakkan imej pihak berkuasa,” tegas Ismail Sabri. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed