by

3 kluster baharu berkaitan tempat kerja

News Sources:

PUTRAJAYA: Selangor terus kekal merekodkan kes harian baharu tertinggi Covid-19 iaitu sebanyak 441 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 284 kes dan Sabah, 196 kes.

Sehingga kini, terdapat 116 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), di mana 57 kes memerlukan bantuan pernafasan dan empat kes kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,340 kes baharu direkodkan yang menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 93,309 kes.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 15,563 kes.

“Sebanyak tiga kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 134 kes (10.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (58 kes), Kluster Tembok Gajah (56 kes), Kluster Tembok (10 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (8 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (2 kes).

“Bagaimanapun, sebanyak 1,067 kes sembuh direkodkan yang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 77,309 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

The post 3 kluster baharu berkaitan tempat kerja appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed