by

3 lagi dakwaan jenayah seksual ke atas Ustaz Budak

News Sources:

KOTA BHARU: Seorang pendakwah dikenali sebagai ‘Ustaz Budak’ mengaku tidak bersalah di mahkamah berasingan hari ini atas tiga pertuduhan melakukan kelucahan melampau dan perbuatan amang seksual terhadap bekas pelajarnya, dua tahun lalu

Terdahulu di Mahkamah Majistret Machang, Syamsul Zaman Sukri, 32, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Amal Razim Alias.

Dia didakwa melakukan kelucahan melampau dengan memegang kemaluan seorang lelaki berusia 22 tahun di sebuah rumah di Paloh Rawa, Machang kira-kira pukul 1 pagi pada Mei 2018.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Mahkamah Majistret Machang menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dan 1 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Syamsul Zaman kemudian didakwa atas dua lagi pertuduhan melakukan amang seksual terhadap bekas pelajarnya yang berusia 15 tahun di Mahkamah Sesyen di sini.

Dia sekali lagi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Shahrul Rizal Majid.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan maksud seksual meraba mangsa yang berusia 15 tahun di sebuah rumah di Paloh Rawa, Machang kira-kira pukul 10 pagi pada 22 Ogos 2018.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membuatkan kanak-kanak itu memegang kemaluannya di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM20,000 dengan dua orang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan 28 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Difahamkan, tertuduh membayar ikat jamin ditetapkan oleh kedua-dua mahkamah.

Pendakwaan bagi ketiga-tiga pertuduhan di dua mahkamah terbabit dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam Sharudddin Mohamed.

Pada 21 Disember lalu, Ustaz Budak yang juga pengurus sebuah madrasah pernah dihadapkan di Mahkamah Majistret Kota Bharu atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki di sebuah hotel, di sini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed