by

32 termasuk Datuk Seri dikompaun dalam Op Noda

News Sources:

BUKIT MERTAJAM: Seramai 32 individu termasuk seorang yang dipercayai bergelar Datuk Seri dikompaun dalam pemeriksaan mengejut Op Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Gemilang di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, selain mengenakan kompaun, polis turut menahan dua warga asing terdiri daripada seorang lelaki Bangladesh dan wanita Vietnam kerana tidak memiliki dokumen sah.

Katanya, lelaki Bangladesh itu dipercayai bekerja sebagai tukang sapu sambilan di situ manakala wanita terbabit pula ditahan ketika datang berhibur bersama seorang lelaki warga tempatan.

“Semasa serbuan dilakukan, premis itu didapati tidak membuat pemantauan SOP (prosedur operasi standard) terhadap pengunjungnya.

“Siasatan lanjut kemudian mendapati kesemua 32 pengunjung termasuk 10 wanita itu juga mengaku berhibur dan tidak mengikut SOP yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas Shafee, sebahagian besar individu yang dikompaun itu dipercayai berasal atau menetap di negeri ini berdasarkan alamat tempat tinggal mereka.

Katanya, mereka yang dikompaun pula berusia dalam lingkungan antara 19 hingga 62 tahun.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed