by

3,288 kes positif, 14 kematian

News Sources:

PUTRAJAYA: Malaysia kembali merekodkan kes positif baharu melebihi 3,000 iaitu 3,288 kes dengan 14 kematian sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 251,604 kes.

Kes sembuh pula merekodkan sebanyak 1,929 kes dengan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya iaitu 198,495 kes. Bagi kes aktif pula, 52,186 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 285 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 131 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor juga kembali merekodkan lebih 1,000 kes iaitu 1,757 kes diikuti Kuala Lumpur, 408 kes; Johor, 369 kes; Negeri Sembilan, 157 kes; Sarawak, 135 kes dan Sabah, 132 kes.

“Baki negeri lain semua merekodkan kes dua angka manakala Putrajaya, empat kes dan Labuan, tiga kes dan hanya Perlis sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed