by

3,384 kes baharu dengan 14 lagi kematian

News Sources:

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 3,384 kes baharu Covid-19 berbanding 3,288 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 3,369 kes melibatkan penularan tempatan dan 15 kes import.

Beliau berkata, Selangor terus merekodkan kes positif tempatan tertinggi dengan 1,082 kes, diikuti Johor (777 kes) dan Kuala Lumpur (435 kes).

“Sabah mencatatkan 142 kes, Negeri Sembilan 89 kes, Pulau Pinang 144 kes, Perak dengan 82 kes, Kedah 228 kes, Sarawak 184 kes, Melaka 101 kes, Kelantan 48 kes, Pahang 21, Terengganu 26, Labun 14 kes, Putrajaya 7 kes dan Perlis dengan 4 kes,” kata Noor Hisham hari ini.

Dalam pada itu, kes sembuh sepenuhnya menyaksikan peningkatan drastik dengan 3,774 kes berbanding 1,929 kes semalam.

Jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya sehingga hari ini adalah 202,269 kes.

Noor Hisham berkata, pertambahan 13 kes kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 936 kes.

Ketika ini, seramai 51,783 pesakit sedang dirawat, dengan 259 dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan 122 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed