by

4 termasuk seorang kanak-kanak mati ditembak di California 

News Sources:

ORANGE: Seramai empat individu termasuk seorang kanak-kanak mati ditembak di sebuah bangunan pejabat di California Selatan, kata polis. 

Leftenan Jennifer Amat berkata, penyerang yang motifnya masih belum diketahui, mengalami luka tembakan dan telah dibawa ke hospital. 

Katanya, suspek kini berada dalam keadaan kritikal.

Jelas Amat, pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengetahui sama ada luka dialami suspek akibat tindakan sendiri atau berbalas tembakan dengan polis.    

Polis tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai mangsa, namun memberitahu bahawa individu kelima yang merupakan seorang wanita dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal.

“Situasi di sini stabil dan tiada ancaman kepada orang ramai,” kata Jabatan Polis Orange dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang (waktu tempatan) di tingkat atas sebuah bangunan pejabat kecil di bandar Orange.

Menurut laporan Los Angeles Times, polis dan suspek berbalas tembakan dalam kejadian tersebut. 

“Kami tidak pernah mengalami kejadian seperti ini di bandar Orange sejak tahun 1997,” kata Amat.

Kejadian itu merupakan insiden ketiga berlaku di Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa minggu, dengan 18 orang terbunuh dalam dua insiden keganasan senjata api yang berasingan pada bulan lalu. – AFP

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed