by

40 pekerja ladang terkandas dibantu

News Sources:

JOHOR BAHRU: Pertubuhan Peladang menggunakan khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar bekalan makanan kepada 40 pekerja asing yang terkandas di kawasan Labung, Endau, Mersing dekat sini semalam. 

Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Endau, Zainol Yusoff berkata, kesemua yang terkandas ialah pekerja ladang di kawasan yang merupakan warga negara Indonesia. 

Katanya, mereka terputus hubungan sejak kelmarin setelah jalan kebun kawasan Labung, Endau ditenggelami air dan tidak boleh dilalui kecuali kenderaan berat. 

“Kawasan di rumah pekerja Pertubuhan Peladang di sana tidak ditenggelami air cuma mereka terputus hubungan dan bekalan makanan sedia ada semakin berkurangan. 

“Memandangkan mereka terkandas di sana dan tidak boleh keluar, maka kami membuat keputusan untuk menghantar bekalan makanan kepada mereka seperti beras, minyak masak, tepung dan pelbagai lagi,” katanya kepada pemberita hari ini. 

Zainol memberitahu, operasi menghantar bekalan makanan menggunakan lori ATM kepada pekerja berkenaan itu dibuat kira-kira pukul 3.30 petang. 

Beliau berkata, bekalan makanan itu mampu menampung keperluan mereka untuk tempoh lima hari bagi setiap seorang. 

Jelasnya, kesemua kos bagi menghantar bekalan makanan tersebut ditanggung oleh Pertubuhan Peladang itu sendiri. – UTUSAN ONLINE 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed