by

42 penduduk kosongkan rumah ekoran tanah runtuh

News Sources:

JOHOR BAHRU: Seramai 42 orang yang menetap di 12 buah kediaman di Jalan Bukit Kempas 1/4, Taman Bukit Kempas di sini diarah untuk mengosongkan kediaman mereka selepas berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan berhampiran.

Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba I, Suhaimi Jamal berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 6.37 pagi ini.

Jelasnya, kejadian tanah runtuh itu dipercayai berlaku disebabkan paip air tangki milik Ranhill SAJ Sdn. Bhd. pecah.

“Pemeriksaan dibuat mendapati paip air bersaiz lebih kurang 8 inci pecah di atas tebing berdekatan Jalan Bukit Kempas 1/4.

“Sehubungan itu, bomba terpaksa mengarahkan rumah berhampiran dengan tanah runtuh untuk dikosongkan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Tambah Suhaimi, jarak antara runtuhan tersebut dgn kawasan kediaman penduduk adalah hanya kira-kira 10 meter. 

Sementara itu, kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Ranhill SAJ.

“Selain itu, agensi lain yang turut dimaklumkan berhubung kejadian itu termasuklah Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya.

Menurut Suhaimi, pihaknya turut mengarahkan kerja-kerja menebang pokok di kawasan terbabit dihentikan sementara bagi memastikan tiada pengaliran air berlaku.

Operasi tersebut ditamatkan pada pukul 12.32 tengah hari selepas keadaan terkawal. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed