by

4,521 kes sembuh, 2,176 kes positif

News Sources:

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini terus merekodkan kes sembuh Covid-19 melebihi 4,000 kes iaitu sebanyak 4,521 kes sekali gus mengatasi kes positif, 2,176 kes dengan 13 kluster baharu dan 10 kematian.

Jumlah terbabit menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 218, 335 kes manakala 266, 445 kes positif dengan kes aktif menurun kepada 47,135 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 260 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 112 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, semua kes kematian adalah warga tempatan yang melibatkan lima kes di Selangor, dua kes di Kuala Lumpur manakala Sabah, Johor, dan Perak, masing-masing satu kes.

“Selangor masih menjadi negeri tertinggi merekodkan kes positif iaitu hanya 910 kes diikuti Johor (269 kes), Sarawak (246 kes), Kuala Lumpur (182 kes) dan Negeri Sembilan dengan 145 kes.

“Negeri lain pula merekodkan kes dua angka iaitu Sabah (97 kes), Pulau Pinang (91 kes), Perak (83 kes), Terengganu (53 kes) Kedah (33 kes), Kelantan (31 kes) Pahang (15 kes), Melaka (14 kes) Putrajaya (tujuh kes) manakala Perlis dan Labuan tidak ada kes dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai 13 kluster baharu, Dr. Noor Hisham berkata, ia melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja manakala komuniti, pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi masing-masing satu kluster.

Katanya, 10 kluster pertama adalah empat di Selangor iaitu Kluster Jalan Bursa melibatkan Petaling dan Klang, sebanyak 22 kes daripada 66 individu dan Kluster Jalan Kepong di Kuala Selangor, sebanyak 23 kes daripada 150 individu serta Kluster Jalan Tiga Belas melibatkan Petaling dan Kuala Selangor, sebanyak 11 kes daripada 120 individu dan Kluster Jalan Tropicana di Petaling, sebanyak 25 kes melibatkan 73 individu.

“Pulau Pinang merekodkan dua kluster iaitu Kluster Tapak Bina Persiaran Mutiara di Timur Laut, sebanyak 14 kes daripada 21 individu dan Kluster Jalan Baru melibatkan Seberang Perai
Tengah dan Seberang Perai Utara, sebanyak 22 kes dari 73 individu.

“Empat lagi adalah Kluster Jalan Senai Utama di Kulai, Johor, sebanyak 131 kes daripada 414 individu; Kluster Jalan Jinjang di Kepong, Kuala Lumpur, sebanyak 12 kes daripada 150 individu serta Kluster Guntong Dalam melibatkan Setiu dan Besut, Terengganu, sebanyak 43 kes daripada 293 individu dan Kluster Teknologi Lot Enam melibatkan Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah, Melaka, sebanyak 24 kes daripada 300 individu,” katanya.

Beliau berkata, tiga lagi bukan kluster tempat kerja ialah Kluster Tembok Tapah adalah Kluster pusat tahanan di Batang Padang, Perak, sebanyak 64 kes daripada 191 individu serta Kluster Pengkalan Teras di Besut, Terengganu, adalah kluster komuniti, sebanyak 29 kes daripada 237 individu dan Kluster Jalan Cheras.

“Kluster Jalan Cheras pula adalah kluster kumpulan berisiko tinggi melibatkan Hulu Langat, Selangor, seramai 182 individu telah disaring, dan daripada itu terdapat 24 kes positif,” katanya.

Bagi 10 kematian pula, beliau berkata, empat lelaki dan enam wanita berusia antara 57 hingga 96 tahun.

“Semua pesakit mempunyai pelbagai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, strok, asma, buah pinggang kronik, jantung, paru-paru obstruktif kronik (COAD), kanser payudara dan Henoch Schonlein Purpura,” katanya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed