by

50 banduan lokap IPD Kulai dikuarantin selepas dua positif Covid-19

News Sources:

KULAI: Sudahlah dipenjara, dikuarantin pula. Itu nasib dialami seramai 50 tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai di sini selepas dua tahanan didapati positif Covid-19 minggu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, selain itu, dua anggota turut diberikan arahan kuarantin kerana menjadi kontak rapat.

Jelasnya, keadaan bagaimanapun terkawal dan IPD berkenaan beroperasi seperti biasa.

“Minggu lalu, dua tahanan di lokap IPD Kulai dilaporkan positif Covid-19. Sehubungan itu seramai 50 banduan telah menjalani ujian saringan swab test dan kini dikuarantin.

“Turut dikuarantin adalah dua anggota polis yang bertugas di lokap berkenaan dan merupakan kontek tahanan positif,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Difahamkan, dua tahanan yang positif telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, situasi berkenaan menyebabkan lima suspek kes bunuh didakwa secara maya oleh Mahkamah Majistret Kulai apabila Kementerian Kesihatan tidak membenarkan tertuduh hadir ke mahkamah.

Difahamkan, pendakwaan secara panggilan video itu merupakan kali pertama dibuat di Mahkamah Majistret Kulai ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed