by

50 petugas HTAR dijangkiti Covid-19

News Sources:

KLANG: Seramai 50 petugas Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dijangkiti Covid-19.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, kesemua mereka sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

“Siasatan pasukan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan HTAR tidak dapat mengenal pasti punca jangkitan tersebut sama ada berlaku sebelum pesakit dimasukkan ke dalam hospital atau semasa pesakit berada dalam tempoh inkubasi selama 14 hari.

“Bagaimanapun, keadaan adalah terkawal dengan semua kontak telah diambil ujian swab dan diletakkan di bawah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).

“Semua pesakit kontak rapat juga telah menjalani ujian saringan yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Dalam pada itu,Sha’ari berkata, pengurusan rawatan pesakit di HTAR masih diteruskan dan berada dalam keadaan terkawal.

“Orang awam dinasihatkan untuk tidak hadir ke hospital sekiranya tiada urusan penting dan menularkan sebarang berita tidak sahih sehingga mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Kita sentiasa memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan dalam kalangan petugas kesihatan dan pesakit di kawasan hospital,” ujarnya. – UTUSAN

The post 50 petugas HTAR dijangkiti Covid-19 appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed