by

500 ikan laga rebut gelaran paling cantik di MIB Kedai Buloh

News Sources:

KOTA BHARU: Kira-kira 500 ikan laga bakal ‘berentap’ dalam Pertandingan Kecantikan Ikan Laga Betta Kijang Emas di Medan Ikan Bakar (MIB) Kedai Buloh, di sini pada pada Jumaat dan Sabtu ini.

Pertandingan sempena Sambutan Ambang Tahun Baharu 2021 anjuran Persatuan Ayahanda Anakanda Malaysia (PAAK) itu menawarkan hadiah utama motosikal jenis SYM 110 SR serta wang tunai lebih RM5,000.

Ketua Penerangan PAAK, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, pertandingan itu julung kali diadakan pihaknya dan terdapat sembilan kategori dipertandingkan bagi menilai kecantikan setiap ikan laga.

Antaranya kata beliau, Terbuka Anak Ikan Laga, Terbuka Remaja, Terbuka Betina (HMPK), Pra Dewasa, Dewasa, Multicolour, Candy, Galaxykoi Dewasa dan Pradewasa serta Solid Dark, Form dan Finnage.

“Selain pertandingan ikan laga, pihak kami turut mengatur pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan bunga api pada pukul 12 tengah malam, pertandingan karaoke lagu ketuhanan, persembahan wayang kulit serta cabutan bertuah.

“Sehubungan itu orang ramai dijemput hadir ke MIB Kedai Buloh bagi memeriahkan sambutan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Fared dalam pada itu memberitahu, penganjuran program itu kali ini turut mengambil kira aspek norma baharu yang perlu dijalani semua pihak bagi mengekang penularan Covid-19. 

Katanya, setiap aktiviti yang dirancang pada hari tersebut akan dikawal rapi pihak penganjur bagi memastikan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed