by

9 sederet rumah kedai musnah dalam kebakaran

News Sources:

ALOR SETAR: Penamat tahun 2020 meninggalkan kenangan memeritkan buat mangsa kebakaran yang melibatkan sederet sembilan buah rumah kedai di Jalan Tunku Abdul Halim, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1.13 petang.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dikerah ke lokasi dan tiba pada pukul 1.22 petang.

“Kebakaran tersebut melibatkan rumah kedai Kelas B dua tingkat dan setakat ini peratus kemusnahan belum dapat dipastikan sementara punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang penghuni, K. Devashnan, 13, berkata, dia pada mulanya tidak menyedari kebakaran rumah jirannya.

“Saya bersama ahli keluarga yang lain hanya menyedarinya apabila ada dalam kalangan jiran mula bising dan ke rumah kami memaklumkan kejadian itu.

“Kami sempat keluar bagaimanapun rumah kami kemudiannya turut terbakar,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, seorang lagi mangsa yang enggan dikenali mendakwa, angin kuat menjadi antara punca kebakaran itu melibatkan banyak rumah.

“Kebakaran ini merebak dengan terlalu pantas dari satu rumah ke satu rumah yang lain.

“Kejadian itu menyebabkan panik dalam kalangan penduduk dengan masing-masing hanya bergegas menyelamatkan diri tanpa sempat berbuat apa-apa bagi memadam kebakaran,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed