by

99 pelarian Rohingya cuba diseludup ke Malaysia

News Sources:

YANGON: Hampir 100 pelarian etnik Rohingya yang cuba di seludup keluar dari negeri Rakhine ditahan dalam satu operasi di sini.

Menurut polis Myanmar, kesemua pelarian tersebut cuba diseludup ke Malaysia menggunakan sindiket penyeludupan.

Jurucakap polis, Tin Maung Lwin berkata, kesemua pelarian tersebut berasal dari Maungdaw, Buthidaung, Sittwe dan Kyaktaw di negeri Rakhine.

Katanya, penahanan itu dibuat selepas polis menyerbu dua buah rumah di pekan Shwepyitha dan menemukan 99 pelarian etnik Rohingya.

“Sebanyak 73 pelarian adalah wanita dan mereka turut membawa anak kecil berusia lima hingga 10 tahun.

“Polis dimaklumkan bahawa mereka tidak makan selama tiga hari dan semua pelarian dalam keadaan daif,” jelasnya. – AFP





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed