by

Abang Man ‘jambatan’ pemain dan pengurusan

News Sources:

KUALA LUMPUR: Bekas penyerang Melaka, Norizam Ali Hassan, memberi sokongan kepada Noor Azman Rahman atau lebih mesra disapa Abang Man yang bakal mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan Kongres Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) Ahad ini.

Pemenang Kasut Emas Liga Malaysia 2001 itu berkata, Noor Azman ibarat ‘jambatan’ yang menghubungkan pemain dan pegawai dengan pihak pengurusan persatuan atau kelab.

Noor Azman, 53, yang berasal dari Alai, dipilih sebagai Naib Presiden MUSA selepas mendapat pencalonan melebihi 30 peratus pada Kongres MUSA ke-64 awal tahun ini.

NOOR Azman Rahman (kanan) bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin (dua dari kanan).

Beliau yang kini memegang tugas selaku pegawai khas Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pernah memegang kerusi Setiausaha Agung MUSA pada 2015-2018.

Beliau juga menganggotai Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.

“Saya mengenali Abang Man cukup lama dan beliau bukan asing dalam dunia bola sepak tempatan. Berbekalkan pengalaman sedia ada, saya yakin penyokong Melaka mahu Abang Man terus berada dalam kelompok pengurusan tertinggi.

“Dalam komuniti bola sepak Melaka, siapa tidak kenal Abang Man? Tutur bahasanya lembut, peramah dan sering tampil menghulur bantuan sekiranya diperlukan.

“Sikap serta diplomasi yang tinggi menjadikan Abang Man cukup disenangi dan sudah pasti saya secara peribadi akan memberikan sokongan kepada beliau untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden MUSA,” katanya.

Bagi jawatan Exco MUSA menyaksikan 16 individu dicalonkan termasuk Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah, Mohd Azizi Shahril Abd Razak Khalim, Jalil Dollah, Razak Abu Hassan, Ridzuan Ahmad, Jezlee Pit, Muhd Asyaarie Abd Ghani dan Muhammad Razali Omar Othman.

Sementara itu, Datuk Wira Yusoff Mahadi menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden MUSA.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed