by

Abdul Hadi dirawat di IJN

News Sources:

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Institut Jantung Negara malam ini.

Berita tersebut dikongsi Skuad Pengurusan Jenazah dalam hantaran di laman Facebook juga beberapa akaun laman sosial itu.

Menurut hantaran tersebut, Ahli Parlimen Marang itu pada mulanya dimasukkan ke  Jabatan Kecemasan, Hospital Putrajaya akibat sesak nafas.

Turut berada di hospital Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau kemudian dirujuk ke IJN pada pukul 9.25 malam untuk rawatan susulan.

Sementara iu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Hamidi berkata, beliau telah menerima berita mengejutkan mengenai Abdul Haditelah dimasukkan Hospital Putrajaya malam ini sebelum dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut.

“Marilah kita bersama mendoakan kesembuhan kepada Tuan Guru dan kembali sihat seperti sedia kala,” katanya. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed