by

Adly Shah buat laporan polis terhadap blogger

News Sources:

IPOH: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Adly Shah Ahmad Tah membuat laporan polis terhadap seorang blogger berikutan pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap beliau.

Adly Shah membuat laporan itu di Ibu pejabat Balai Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini pada 26 Disember lalu.

“Saya mengambil tindakan membuat laporan polis berikutan tohmahan serta gelaran buruk yang dilemparkan terhadap saya.

“Ia menjejaskan nama baik dan integriti saya sebagai Timbalan Presiden Pafa serta pengurus pasukan Liga Super, ” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Adly Shah, antara dakwaan terhadapnya ialah sebagai perosak bola sepak Perak serta hanya meminta tiket percuma.

Beliau berkata, jika beliau  perosak bola sepak negeri, mustahil Perak mampu muncul juara Piala Malaysia serta naib juara Liga Super 2018 serta mara ke final Piala FA 2019 dan menduduki tempat keempat liga tahun ini.

“Segala dakwaan terhadap saya tidak berasas dan ia nyata berniat jahat.

“Maruah dan imej saya tercalar dengan tindakan blogger ini, jadi biarlah pihak berwajib menjalankan siasatan,” katanya.

Selain Adly Shah, beberapa individu lain turut menjadi mangsa kecaman selaran dan kritikan dalam Facebook berdurasi hampir 39 minit blogger itu.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed