by

Adun Paloh terus bekerja, turun padang sebaik pulih Covid-19 – JohorKini

News Sources:

KLUANG, 17 FEB: Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali meneruskan rutin kerja sebaik pulih dari jangkitan Covid-19 dengan turun padang dan melawat ke kawasan diwakilinya.

Dalam catatan di laman Facebook beliau, Sheikh Umar berkata selepas 14 hari menjalani kuarantin kendiri, banyak perkara yang perlu diselesaikan segera.

Beliau memaklumkan telah mulai bertugas pada 15 Februari lalu dan lokasi pertama dituju ialah pusat khidmat rakyat DUN Paloh bagi urusan pelbagai pengesahan borang berkaitan bantuan persekolahan dan keperluan warga Paloh.

“Dua minggu tak turun Paloh. Sekali masuk pejabat, banyak borang perlu ditandatangan. Apapun, tanggungjawab mesti dilaksanakan.

“Sayang anda semua, keluarga besar Paloh Kita,” kata Sheikh Umar.

Sheikh Umar turut memaklumkan, pejabat Pejabat DUN Paloh telah melakukan sanitasi awam dengan sokongan dermawan dari pasukan disinfeksi Coway di daerah ini.

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada pegawai pusat khidmat yang membantu menyelesaikan urusan kawasan, selain kakitangan dan petugas di fasiliti kesihatan di Kluang.

Dalam perkembagan lain, Ketua Pemuda DAP Johor itu turut turun padang menyampaikan barangan sumbangan kepada penduduk di Felda Kahang Barat dan menyelesaikan urusan berkaitan guru dan pelajar SJK(C) Kampung Gajah, disini.

Sheikh Umar didapati positif Covid-19 pada 1 Februari lalu, manakala ibu bapanya turut disahkan positif dua hari kemudian.

Namun, beliau memaklumkan kesemua mereka didapati negatif dan selesai melengkapkan tempoh kuarantin sehingga 15 Februari.

Johorkini

 



Post Views:
14





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed