by

Adun pembangkang Johor tolak Ordinan baharu – JohorKini

News Sources:

JOHOR BAHRU, 2 APR: Undang-undang yang membenarkan perdana menteri, ketua menteri atau menteri besar meluluskan perbelanjaan tambahan atau penggunaan Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui proses legislatif sepanjang penguatkuasaan darurat, telah diluluskan.

Susulan itu, Adun pembangkang di Johor menolak penguatkuasaan peraturan itu dan menegaskan kuasa legislatif perlu dihidupkan bagi membincangkan soal penambahan belanja kerajaan di negeri ini.

Ketua Pembangkang DUN Johor, Aminolhuda Hassan berkata Ordinan tersebut akan membolehkan kerajaan melakukan apa sahaja tanpa ada kesan semak dan imbanh yang baik.

“Ini suatu yang tidak munasabah dilakukan oleh kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita tahu sebelum ini ketirisan berlaku dalam perbelanjaan seperti ‘pembelian’ Ahli Parlimen yang sampai sekarang masih belum dijawab oleh kerajaan.

“Ini akan meninggalkan kesan yang tidak baik kerana proses semak dan imbang tidak berlaku kerana kuasa legislatif digantung,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas perkara yang sama Adun Perling dari DAP, Cheo Yee How menyatakan sudah tiba masanya Proklamasi Darurat ini dibatalkan bagi membincangkan kepincangan yang berlaku.

“Batalkan segera darurat ini dan bincang untuk sebarang belanja baik bagi negeri Johor atau pun negara.

“Legislatif ini membawa suara rakyat dan mereka juga di kalangan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

“Justeru sudah menjadi kewajipan kami membawa suara mereka serta memohon apa sahaja peruntukan yang diperlukan rakyat.

“Sekiranya Dun tidak boleh bersidang, kita memohon adanya mesyuarat khas membabitkan semua Adun di Johor untuk membincangkan perkara berkenaan rakyat,” tegasnya.

Berkongsi pandangan sama, Adun Kota Iskandar, Sr Dzulkefly Ahmad mengajak agar perbincangan perlu dilakukan segera sekiranya Ordinan ini mahu diadakan.

“Ia perlu kadar segera sekiranya mahu menggunakan Kumpulan Wang Disatukan menuntut hak agar semua pihak dimaklumkan ke mana saluran dana diagihkan.

“Kita akan desak sehingga rakyat maklum berkenaan kelemahan yang berlaku dalam urus tadbir kewangan negeri,” ujarnya pula.

Dalam ordinan yang dikeluarkan, dua seksyen baru diperkenalkan, iaitu Seksyen 10a dan 10b dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.

Ordinan baru ini juga menggantung Perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946, yang berkaitan kuasa Dewan Rakyat berhubung soal kewangan.

Johorkini



Post Views:
2





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed