by

Agensi siber Perancis berjaya kesan penggodam Rusia

News Sources:

PARIS: Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan Perancis mendedahkan pihaknya berjaya mengesan suspek penggodam Rusia yang melakukan serangan siber sejak 2017 terhadap beberapa organisasi di negara itu.

Agensi Kebangsaan Perancis bagi Keselamatan Sistem Maklumat (ANSSSI) berkata, kempen serangan itu kebanyakannya menyerang pembekal teknologi maklumat terutamanya pembekal laman web.

Katanya, penggodam mengambil kesempatan menyerang perisian yang diedarkan oleh kumpulan rakyat Perancis, Centreon dan serangan siber itu menimbulkan beberapa persamaan dengan serangan lain yang dilakukan oleh Sandworm, iaitu kumpulan yang disyaki mempunyai kaitan dengan agensi perisikan Rusia.

Menteri Keadilan Perancis dan pihak berkuasa bandar seperti Bordeaux turut dinamakan sebagai pelanggan Centreon dalam kumpulan laman web itu.

ANSSI menemui ‘kerosakan’ pada sistem komputer di beberapa pelayar Centreon yang membolehkan penggodam mengakses rangkaian tersebut.

“Serangan siber ini mempunyai beberapa persamaan dengan serangan siber sebelum ini yang menyebabkan pencerobohan dinamakan Sandworm,” kata laporan itu.

Laporan bertajuk ‘Set Kempen Pencerobohan Sandworm Menyasarkan Sistem Centreon‘ dikeluarkan semalam dan menyatakan maklumat teknikal secara terperinci mengenai penggodam yang berjaya mengakses ke pelayar Centreon.

Pakar Keselamatan Siber di Firma Keselamatan Teknologi Maklumat Wavestone, Gerome Billois memberitahu, serangan siber itu mengingatkan kaedah yang pernah digunakan oleh kumpulan Sandworm yang dikaitkan dengan perisikan Rusia, tetapi tidak menjamin itu adalah kaedah yang digunakan mereka.

Menurut ANSSI, serangan siber itu berlaku dari 2017 hingga 2020.

Badan Perisik dan Penguatkuasaan Undang-Undang AS berkata, Rusia berkemungkinan adalah dalang di sebalik serangan siber besar-besaran yang baru-baru ini ditemui terhadap firma AS SolarWinds, yang menjual banyak perisian di komputer pihak kerajaan dan swasta. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed